Sunday, May 24, 2015



CIPTA KEJAYAAN KECIL DULU...

Ramai usahawan berkobar-kobar mahu mencipta kejayaan yang besar setelah menceburi dunia bisnes.

TETAPI telah ramai usahawan seperti ini kecundang di tengah jalan akibat KECIWA tidak dapat mencipta kejayaan yang besar.

Pernah dengar ayat seperti ini,

===
THINK BIG & START SMALL
===

Memang betul kita di ajar untuk berfikir besar tetapi ramai usahawan terlupa bahawa kita juga perlu mula dari bawah dahulu.

Ya. Jika kita TIDAK pernah mendapat income RM1000 bersih hasil dari bisnes, usah kita berimpian mahu mendapat income RM10,000 sebulan.

Setiap usahawan online mahupun offline pasti mencipta kejayaan dengan income yang kecil-kecil je dahulu.

Setelah mendapat kejayaan kecil, akan mendorong kita untuk lebih BERSEMANGAT mencipta kejayaan yang lebih besar lagi.

===
1000 BOTOL TERJUAL DLM MASA 4 JAM
===

Bagaimana seorang Kapten Perang menggunakan TEKNIK UNIK ini membolehkan 1000 botol terjual dalam masa 4 JAM seterusnya memperoleh jualan sebanyak RM35,000 tanpa kos iklan, tanpa website, tanpa staff, tanpa pejabat...

DAN

teknik unik ini berkesan memberikan INCOME dan MELONJAKKAN jualan yang realistik walapun anda TIDAK MEMPUNYAI produk lagi.

===
HAIRAN & WAS-WAS
===

Seakarang, mungkin anda hairan dan was-was...

"Bagaimana boleh buat jualan, walaupun produk pun tak ada lagi?"

===
BELAJAR TEKNIK UNIK
===

Mahukah anda belajar teknik unik ini?

Jika jawapan anda 'YA',
jom hadir ke seminar ini.

===
SEMINAR JUTAWAN TANPA MODAL
===

Nama seminar ini adalah Seminar Jutawan Tanpa Modal.
Dalam seminar ini, anda akan ketahui TEKNIK UNIK ini
seperti mana yang digunakan Kapten Perang tadi.

Nama Kapten Perang tadi ialah Kapt. Jai, founder Ratu Jannah.

===
BELAJAR SELAMA 6 JAM
===

Antara TOPIK bakal anda belajar selama 6 jam ini adalah...

1. Teknik dan Rahsia menjadi MAGNET DIRI.
2. BINA follower, branding dan positioning menggunakan facebook.
3. Seni BERKABILAH dalam bisnes.
4. Pemasaran PERCUMA di facebook.
5. Cara PEMILIHAN idea bisnes.
6. Cara MENGUJI idea bisnes kita.
BANYAK LAGI.

Seminar ini akan membantu anda MENGGEMUKKAN poket anda dengan ilmu-ilmu yang bakal di kongsi.

Antara respond yang kami terima,

"Sebelum ini, kami berpendapat bila nak mula bisnes memerlukan duit sebagai modal bisnes. Tapi kami silap setelah hadir ke seminar ini. Mindset kami berubah. Dengan ilmu, sebenarnya nak mula bisnes tidak perlu modal duitpun, Puan Asiah, stokis kepada Dian Pixy."

===
LOKASI SEMINAR
===

1. Gambang Resort City, Kuantan
23.05.2015 | Sabtu (TAMAT)
.
2. New York Hotel, Johor Bharu
30.05.2015 | Sabtu
.
3. MTC, Melaka
31.05.2015 | Ahad

==
TAKE NOTE
===

Pendaftaran seminar Jutawan Tanpa Modal masih dibuka. TEMPAT adalah TERHAD!

Buat perubahan HARI INI dalam bisnes anda
dengan DAFTAR SEGERA disini.

SMS kod ini SJTM15 dan di ikuti <nama> <lokasi> <nombor fon> ke 019-323-4641.

Tuesday, May 12, 2015

5 Tips Menulis Ayat Iklan



Pernah tak
kita rasa susah sangat
nak hasilkan ayat iklan di facebook? 

Malah kadang-kadang itu,
rasa blur-blur nak hasilkan ayat iklan.

Sebenarnya, 
untuk hasilkan ayat iklan
yang boleh menarik prospek
membaca ayat iklan kita
adalah dengan
kenal siapa prospek kita
terlebih dahulu.  

Sini saya kongsikan 5 tips mudah untuk
hasilkan ayat iklan.

#1: Gunakan Perkataan Yang Dekat Di Hati Prospek

Dengan menggunakan perkataan
yang dekat di hati prospek
menaikkan ghairah prospek
untuk membaca ayat iklan kita
hingga teks terakhir.

Antara cara mudah untuk ketahui
perkataan yang dekat di hati prospek ialah
dengan bertanyakan soalan kepada mereka.

Contoh:  Kita jual produk cerah kulit badan.

Soalan: Apakah perkara penting yang anda lihat sebelum membeli produk pemutih yang berkesan?

Kongsi di ruangan komen.

Perhatikan perkataan paling banyak prospek tulis. Contoh design ke, color ke, harga ke dan lain-lain.

#2: Terangkan Manfaat Yang Bakal Prospek Nikmati

Walaupun terlalu banyak manfaat
yang bakal prospek dapat
setelah menggunakan produk kita,
disyorkan tonjolkan 3 manfaat sahaja.

Pastikan manfaat yang kita terangkan
mestilah relate dengan tajuk ayat iklan kita.

Saya ambil contoh yang sama iaitu
produk cerahkan kulit badan.

Contoh:

Mencerahkan kulit badan anda dalam masa 3 minggu.
Melembutkan kulit badan anda seperti kulit baby.
Mengurangkan kesan parut pada badan anda.

#3: Pastikan Ayat Iklan Anda Pendek Dan Ringkas Sahaja

Ingat formula K.I.S.S iaitu
Keep It Short and Simple
ketika kita menghasilkan ayat iklan.

Tujuan ayat iklan pendek dan simple
adalah untuk memastikan prospek
cepat hadam apa yang kita sampaikan.

#4: Gunakan Ejaan Penuh

Ketika kita menghasilkan ayat iklan,
pastikan ejaan setiap perkataan
dalam ayat iklan kita
menggunakan ejaan penuh
dan Bahasa Melayu standard.

Contoh: Produk Whitening Body Scrub Cantik Republic di cipta bagi memenuhi perminataan wanita di luar sana yang ingin kelihatan CERAH, PUTIH, GEBU dan CANTIK.

#5: Lebihkan Prospek Dalam Ayat Iklan

Fokus utama kita
ketika hasilkan ayat iklan
adalah mahu mendapatkan pelanggan.

Jadi,
tonjolkan watak prospek
dalam setiap ayat iklan kita.

Contoh: Dengan menggunakan Whitening Body Scrub Cantik Republic  ini, membantu menyelesaikan masalah kulit gelap anda hanya dalam masa 3 minggu sahaja.  

Nampak tak disitu,
watak prospek di tonjolkan
dengan gelaran anda.

Prospek mahu tahu,
bagaimana produk tersebut
mampu menyelesaikan masalah mereka.

Kesimpulan

Tujuan menghasilkan ayat iklan power,
adalah satu seni pujukan
kepada prospek
untuk mendapatkan produk
yang kita tawarkan.

Menghasilkan ayat iklan power
yang berkualiti
adalah kunci menukarkan prospek
kepada pelanggan.

Semoga bermanfaat!

SHARE dengan rakan-rakan anda
semoga mereka juga mendapat
manfaat seperti anda.

Arif Hussain
Usahawan Online | Copywriter