Tuesday, May 12, 2015

5 Tips Menulis Ayat Iklan



Pernah tak
kita rasa susah sangat
nak hasilkan ayat iklan di facebook? 

Malah kadang-kadang itu,
rasa blur-blur nak hasilkan ayat iklan.

Sebenarnya, 
untuk hasilkan ayat iklan
yang boleh menarik prospek
membaca ayat iklan kita
adalah dengan
kenal siapa prospek kita
terlebih dahulu.  

Sini saya kongsikan 5 tips mudah untuk
hasilkan ayat iklan.

#1: Gunakan Perkataan Yang Dekat Di Hati Prospek

Dengan menggunakan perkataan
yang dekat di hati prospek
menaikkan ghairah prospek
untuk membaca ayat iklan kita
hingga teks terakhir.

Antara cara mudah untuk ketahui
perkataan yang dekat di hati prospek ialah
dengan bertanyakan soalan kepada mereka.

Contoh:  Kita jual produk cerah kulit badan.

Soalan: Apakah perkara penting yang anda lihat sebelum membeli produk pemutih yang berkesan?

Kongsi di ruangan komen.

Perhatikan perkataan paling banyak prospek tulis. Contoh design ke, color ke, harga ke dan lain-lain.

#2: Terangkan Manfaat Yang Bakal Prospek Nikmati

Walaupun terlalu banyak manfaat
yang bakal prospek dapat
setelah menggunakan produk kita,
disyorkan tonjolkan 3 manfaat sahaja.

Pastikan manfaat yang kita terangkan
mestilah relate dengan tajuk ayat iklan kita.

Saya ambil contoh yang sama iaitu
produk cerahkan kulit badan.

Contoh:

Mencerahkan kulit badan anda dalam masa 3 minggu.
Melembutkan kulit badan anda seperti kulit baby.
Mengurangkan kesan parut pada badan anda.

#3: Pastikan Ayat Iklan Anda Pendek Dan Ringkas Sahaja

Ingat formula K.I.S.S iaitu
Keep It Short and Simple
ketika kita menghasilkan ayat iklan.

Tujuan ayat iklan pendek dan simple
adalah untuk memastikan prospek
cepat hadam apa yang kita sampaikan.

#4: Gunakan Ejaan Penuh

Ketika kita menghasilkan ayat iklan,
pastikan ejaan setiap perkataan
dalam ayat iklan kita
menggunakan ejaan penuh
dan Bahasa Melayu standard.

Contoh: Produk Whitening Body Scrub Cantik Republic di cipta bagi memenuhi perminataan wanita di luar sana yang ingin kelihatan CERAH, PUTIH, GEBU dan CANTIK.

#5: Lebihkan Prospek Dalam Ayat Iklan

Fokus utama kita
ketika hasilkan ayat iklan
adalah mahu mendapatkan pelanggan.

Jadi,
tonjolkan watak prospek
dalam setiap ayat iklan kita.

Contoh: Dengan menggunakan Whitening Body Scrub Cantik Republic  ini, membantu menyelesaikan masalah kulit gelap anda hanya dalam masa 3 minggu sahaja.  

Nampak tak disitu,
watak prospek di tonjolkan
dengan gelaran anda.

Prospek mahu tahu,
bagaimana produk tersebut
mampu menyelesaikan masalah mereka.

Kesimpulan

Tujuan menghasilkan ayat iklan power,
adalah satu seni pujukan
kepada prospek
untuk mendapatkan produk
yang kita tawarkan.

Menghasilkan ayat iklan power
yang berkualiti
adalah kunci menukarkan prospek
kepada pelanggan.

Semoga bermanfaat!

SHARE dengan rakan-rakan anda
semoga mereka juga mendapat
manfaat seperti anda.

Arif Hussain
Usahawan Online | Copywriter    



No comments: