Happy Birthday Malaysia yang ke 50.
Alhamdulillah. Syukur pada Allah kerana kita dilahirkan di bumi yang amat bertuah
iaitu Malaysia.
Syukur kerana Malaysia sehingga hari ini aman dan damai.
Syukur kerana kita semua adalah warga negara Malaysia yang sah.
Syukur juga kerana mempunyai kerajaan yang boleh dikatakan membela nasib rakyat.
Syukur juga, kerana kita boleh mengejar apa yang kita mahu tanpa ada sekatan.
Syukur kerana kita boleh berbisnes tanpa ada sekatan-sekatan ataupun cukai yang amat tinggi.
Kita sebagai warga negara di Malaysia wajib bersyukur tidak kira bangsa apa pun, terutama Melayu lagi patut bersyukur.
Tapi ekonomi Melayu masih lagi tidak mencapai 30%.
Itu salah siapa?
Kerajaan sudah pun memberi bantuan yang seluas-luasnya buat bangsa Melayu untuk mengubah ekonomi bangsa Melayu. Betul betul
Tapi salah siapa?
Salah siapa tidak menerokai peluang-peluang yang kerajaan sudah sediakan didepan mata?
Salah siapa tidak ubah mentaliti dari bekerja makan gaji kepada berbisnes?
Salah siapa jika satu hari nanti orang Melayu sendiri tidak ada tempat di bandar-bandar besar?
Salah siapa tidak menggunakan sepenuhnya dana-dana yang disediakan oleh kerajaan?
Salah siapa tidak menggunakan kelebihan perkataan Melayu dalam I.C untuk hidup lebih sempurna?
Salah siapa?
Salah bangsa Melayu itu sendiri.
Salah mentaliti yang ditanam oleh bangsa Melayu sendiri.
Banyak lagi salahnya.
Agama Islam pun ajar kita suapaya untuk mencari ILMU sehingga kita mati.
Tapi apa bangsa Melayu buat?
Tak buat apa-apa.
Masih lagi di takuk lama.
Dari sehari, sehari, still sama.
Ekonomi bangsa Melayu macam itu juga.
Tidak ada perubahan langsung.
Ingatkan dengan makan gaji 4-5-6 angka sebulan itu boleh mengubah bangsa Melayu.
Sorry beb.
Ingatkan nilai duit RM1 tahun 2013 akan sama dengan nilai RM1 tahun 2020.
Sorry beb.
Saya memang respect orang bangsa Melayu sebab memang pandai bercakap,
dari pandai ambil tindakan.
Bila bercakap, fuhh mengalahkan Perdana Menteri.
Hebat hebat.
Sudah sudah la tu.
Bangkitlah wahai bangsaku.
Bangkitah wahai anak bangsaku.
Bangkitah membela nasib bangsa Melayu.
Semoga bangsa Melayu terus cemerlang, gemilang, terbilang di bumi Malaysia ini.
Boleh boleh.
Happy Birthday Malaysia.
Arif Hussain
013-963-4411

No comments:
Post a Comment