Tuesday, October 8, 2013

BERLIAN DALAM DIRI ANDA!




Mungkin selama ini kita juga tidak puas hati dengan hasil/income yang kita miliki kerana 
tidak mengeluarkan hasil/income yang banyak yang boleh tampung kehidupan kita sekarang ini 
dengan kos sara hidup yang terus meningkat


Disebabkan hasil/income yang kita miliki sekarang ini tidak mengcukupi, 
kita sering pula tertanya-tanya mengapa hidup orang lain tidak seperti kita 
seolah-olah hidup mereka berjalan dengan lancar dan mudah? 

Sebenarnya suatu pekerjaan yang kita lakukan itu, dinikmati dan dibuat dengan bersungguh-sungguh, disitulah mengalir sungai-sungai keberkatan dan "berlian-berlian' yang mencukupkan keperluan hidup kita


Apabila kita menyayangi diri kita sungguh-sungguh, menerima keadaan diri kita seadanya dan dalam masa yang sama mengembangkan ilmu dan skills yang ada dalam diri kita supaya menjadi lebih baik setiap hari, pasti kita akan rasa takjub yang sebenarnya masih banyak lagi berlian-berlian dalam diri kita yang masih belum digali, digilap dan dikembangkan

Suatu kejayaan yang sebenar diukur sejauh mana dapat kita manfaatkan setiap potensi dalam diri kita bagi berkongsi dengan orang lain dan memulaikan tuhan. 


Macam Doktor Azizan Osman selalu cakap, 
"jika ko ada ilmu, tapi ko tak kongsi, ko memang berdosa"

Malah ada pepatah menyebut, 
"Belon dapat terbang tinggi bukan kerana warnanya tetapi kerana isinya!"


Faham betul-betul pepatah di atas. Pasti anda akan jumpa jawapan yang ada dalam diri anda. 

Mari kita mula dari saat ini, walau dimana kita berada pada masa ini, dan apa yang ada apa kita. 


Memang betul setiap orang mempunyai masalah dan kegembiran tersendiri. Namun, kita selaku tuan punya badan, kita bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjadi lebih baik dari sekarang ini

Halangan memang biasa setiap kali kita ambil keputusan, tapi halangan yang paling besar adalah datang dalam diri kita sendiri. Itulah musuh 'dalam selimut' sekali gus pesaing utama kita!

Semoga anda menjadi lebih baik dari hari semalam!

Arif Hussain 
013-963-4411


No comments: