Ada orang cakap, orang kaya akan bertambah kaya dan orang kelas menengah dan miskin bertambah miskin.
Betul. Saya setuju sangat sebab kita tidak di dedahkan dengan ilmu kewangan yang betul untuk kehidupan yang sebenar.
Perbezaan yang menyebabkan orang kaya bertambah kaya di sebabkan matlamat hidup mereka yang jelas dan berlapang dada mencari ilmu kewangan menyebabkan orang kaya bergitu senang menambah kekayaan apabila memahami prinsip kewangan.
Bagi orang kelas menengah dan miskin pula, yang menyebabkan mereka ini bertambah miskin disebabkan life mereka tidak berubah sedikitpun dari segi matlamat hidup untuk 5 tahun akan datang dan mereka tidak kuasai ilmu kewangan yang sememangnya tidak di ajar di sekolah.
Malah perbezaan dari segi asset, asset orang kaya sentiasa bertambah dari semasa ke semasa walaupun kereta yang mereka gunakan sekarang ini adalah kereta buruk ini kerana bagi mereka kereta adalah liabiliti bagi mereka.
Bagi orang kelas menengah dan miskin, pertambahan dari segi asset kurang memberangsangkan malah may be tidak bergerak langsung walaupun kereta yang mereka gunakan adalah jenis buatan import.
Sambil-sambil anda rilex di hujung minggu, bolehlah anda tepuk dada tanya diri anda sendiri di mana tahap kewangan anda sekarang ini. Bagaimana asset anda sekarang ini, adakah bertambah atau makin berkurang ataupun tiada perubahan langsung.
Semoga perkongsian ini membuka minda dan membuat saya dan anda semua supaya berfikir betulkah landasan yang kita pilih selama ini.
Selamat menikmati hujung minggu anda.
Arif Hussain
013-963-4411

No comments:
Post a Comment