Tuesday, February 18, 2014

PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA AKIBAT TERSILAP INFORMASI.



Salam ceria kepada pembaca blog ini,

1. Saya selaku pemilik blog ini, dengan rendah hati ingin meminta maaf atas 1 keluaran posting berkenaan adik Steven Yoong, bertarikh 17/09/2013 yang mana segala posting yang saya keluarkan adalah tidak benar sama sekali. Harap maafkan saya ya.



2. Mengikut PPUM, adik Steven Yoong telah pulih kembali dari penyakit yang beliau hadapi setelah mendapat rawatan yang berterusan dari pihak PPUM dan semasa adik Steven Yoong discaj dari PPUM pun keadaan kesihatan beliau semakin baik dan bukannya bertambah baik setelah menggunakan produk Bio Velocity Sleep Mate seperti yang digempar gempurkan.

3. Saya selaku manusia yang bertanggungjawab keatas blog ini atas sifat kemanusian, secara jujurnya ingin memohon maaf secara terbuka kepada PPUM kerana menerbitkan posting yang palsu lagi tidak benar dan telah menggunakan nama PPUM secara terang-terangan.

Sekian.

Arif Hussain

No comments: