Thursday, November 20, 2014

WAJIB Baca Bagi Anda Yang Mempunyai Fanpage.


Adakah anda mempunyai fanpage dan menggunakannya untuk mempromosikan post-post berbentuk promosi tidak kisah samada,

  • Event
  • Produk atau 
  • Servis 

kepada fans anda. 

Anda mungkin kurang bernasib baik ini kerana pada 14 November 2014, Facebook telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya akan mengurangkan post-post berbentuk promosi dari fanpage yang dipaparkan di ruangan newsfeed likers mulai Januari tahun hadapan (2015).


Ini disebabkan oleh maklumbalas dari pengguna-pengguna facebook, yang mana mereka mahukan lebih banyak cerita, berita atau post-post yang berkaitan dengan rakan-rakan mereka berbanding post-post yang berbentuk promosi.

Dengan kata lain, reach untuk fanpage akan jadi semakin rendah sekiranya anda menggunakan fanpage untuk mewar-warkan aktiviti atau promosi terkini perniagaan anda.


3 Contoh Kandungan Berbentuk Promosi Yang Dimaksudkan Oleh Facebook. 


1. Post yang mendesak pembaca untuk membeli produk atau install application.

Contoh #1:



Contoh #2:



2. Post yang memaksa pembaca menyertai sesuatu promosi ataupun cabutan bertuah. 


Ayat facebook diatas memberi masksud,


  • Post-post yang mewar-warkan tentang promosi atau aktiviti terkini yang akan atau sedang berlangsung juga dikira sebagai post berbentuk promosi. 
  • Post yang mempunyai arahan LIKE atau SHARE dan WIN juga dikira sebagai post berbentuk promosi. 

3. Post yang menggunakan kandungan yang sama seperti kandungan post iklan berbayar. 

Ini bermaksud, kandungan post percuma di fanpage sama dengan iklan berbayar di fb ads juga, dikira sebagai post berbentuk promosi.


Post berbentuk PROMOSI ini hanya melibatkan post organik sahaja. Tidak melibatkan post berbayarpun. 


Anda mempunyai masa lebih kurang

untuk mencari teknik sesuai untuk pemasaran di facebook bagi tahun 2015 nanti. 

Jangan tunggu, 
Jangga nanti, 
Jangan tengok, 

BERTINDAK sekarang! 


Antara yang dapat saya simpulkan berdasarkan pengalaman saya ialah seperti dibawah. 

Mengatasi masalah ini dengan cara... 


1. Kumpul Database Pelanggan Anda 



Anda boleh mula kumpul database pelanggan anda bermula hari ini. Tuan Faisal pernah berkata, jangan bergantung pada 1 channel pemasaran sahaja iaitu facebook sahaja. Mesti pelbagaikan channel pemasaran anda. Samada menggunakan...

  • Instagram 
  • E-Mail 
  • Phone Number 


Paling senang, anda boleh mula kumpul database pelanggan dalam bentuk...
  • Nama 
  • E-Mail Address 
  • No. Phone  
Tidak kisah anda nak guna teknik macam manapun. Asalkan anda boleh kumpul database pelanggan.


2. Blog Bisnes Anda 



Blog bergitu penting dalam perniagaan internet?

Ya. Blog amat penting bagi anda yang bergelar internet marketer kerana dengan bloglah anda boleh berkongsi kepakaran anda dengan followers anda.

Malah dalam masa yang sama, dapat meningkatkan pengaruh anda melalui tulisan anda yang anda kongsikan dalam blog anda. Teknik ini selalu digunakan oleh internet marketer di Malaysia untuk melebarkan pengaruhnya secara percuma. Salah satunya anda boleh kongsi kepakaran anda dengan followers anda.

Antara kepakaran yang anda boleh kongsi dalam blog iaitu...

  • Info-info bermanfaat macam anda tengah baca info ini di blog saya. 
  • Tip-tip berkaitan kepakaran anda. 
  • Motivasi dan banyak lagi. 

Kelebihan mempunyai blog sendiri adalah anda mempunyai satu kuasa pemasaran yang amat kukuh kerana dengan blog, anda boleh promote apa sahaja yang anda inginkan tanpa terikat dengan apa-apa syarat.


3. Storytelling  




Teknik storytelling adalah satu teknik pemasaran yang anda perlu kuasai. Teknik ini amat berkesan kerana ianya lebih kepada soft selling bukan kepada hard selling.

Ianya lebih kepada penceritaan tentang produk, testimoni, servis dan pelbagai lagi. Teknik penceritaan yang bagus boleh mempengaruhi pelanggan untuk mendapatkan produk atau servis dari anda dan boleh gandakan jualan anda dalam sekelip mata.

Anda boleh belajar dengan sifu-sifu yang bagus dalam teknik storytelling samada dengan Tuan Aqif Azizan atau Tuan Al Irfan Jani.


Saya sumpah anda kaya dan berjaya!

p/s: Kongsi pendapat anda tentang saya post kali ini di ruangan komen. Terima kasih. :) 







No comments: