Thursday, March 26, 2015

PENTINGNYA EMOSI DALAM PEMASARAN...



"Faham emosi pelanggan, buat mereka tertarik dengan kita."


Pentingkah emosi dalam marketing? Dalam kajian psikologi yang telah dilakukan, kebanyakkan customer melakukan pembelian adalah disebabkan oleh emosi. Hanya beberapa peratus sahaja berdasarkan logik. 

Ini memberi mesej kepada kita sebagai usahawan online bahawa amat penting untuk kita memastikan marketing kita berjalan dengan lancar. Serapkan elemen-elemen emosi dalam kempen kita. 

Bagaimana untuk memahami emosi customer kita? Kita boleh gunakan strategi seperti dibawah ini.

1. Lakukan kajian terhadap kehendak customer kita. 
2. Kenal pasti masalah serius yang dihadapi oleh pelanggan kita. 
3. Sentiasa ambil peluang untuk berjumpa dengan bakal customer kita, kemudian dengar isi hati mereka.

Setiap maklumat yang diperoleh adalah maklumat emosi yang dapat dijadikan sebagai senjata marketing bagi menusuk jiwa customer kita nanti. Formulanya mudah sahaja. Lebih mendalam kita faham emosi customer, lebih berjaya kempen marketing kita nanti. 

   

No comments: