Monday, June 29, 2015

5 LANGKAH MENCIPTA KEMPEN IKLAN BERJAYA



Langkah #1: Jelas Matlamat Promosi 

Ya. Sebelum kita melakukan apa-apa kempen promosi di facebook ke, facebook group ke, fb ads ke dan sebagainya, kita mestilah mempunyai matlamat promosi yang jelas.

Tujuan matlamat promosi jelas adalah bertujuan untuk kita ketahui produk apa yang kita mahu dipromosikan, promosi jenis macam mana mahu di gunakan, bila promosi itu start dan tamat, dan sebagainya.

Selagi matlamat promosi ini tidak jelas, selagi itu kempen pengiklanan kita tak kan berjaya.

Wednesday, June 24, 2015

MAKLUMAT GOOGLE TRENDS DI KEMAS KINI SETIAP MINIT

Google Trends ini adalah antara tools yang menjadi kegemaran peniaga online setakat ini. Antara TUJUAN utama peniaga online menggunakan tools ini adalah kerana boleh tengok sesuatu keywords yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia ketika mencari sesuatu perkara.



Saturday, June 20, 2015

7 LANGKAH "PEMASARAN ONLINE"

1. Tulis identiti kita "SIAPA KITA?"
2. Tentukan NICHE produk kita.
3. Tentukan TARGET MARKET bagi produk kita. 
4. Tentukan FAEDAH UTAMA bakal pelanggan kita akan dapat. 
5. Senaraikan SENJATA pemasaran yg kita akan gunakan nanti.
6. Tentukan KAEDAH PEMBAYARAN yang akan di ambil oleh bakal pelanggan kita utk mendapatkan produk kita. 
7. Tentukan BAGET modal + masa bg pemasaran kita.  

Arif Hussain
Usahawan Internet 

Wednesday, June 17, 2015

WAJIB POST MORTEM BISNES ANDA!




Dulu masa saya kerja di company training, setiap akhir bulan pasti department saya akan adakan post mortem utk setiap staff.

Tujuan post mortem diadakan adalah utk bedah siasat prestasi setiap staff.

Jika prestasi saya kurang memuaskan, pasti saya dan head of department akan duduk semeja, berbincang dari hati ke hati apa lagi yg company boleh bantu utk memastikan prestasi saya kembali on track.

Bergitu juga dalam bisnes kita pada hari ini.

Setiap akhir bulan, sebelum masuk bulan seterusnya, kita sebagai bisnes owner MESTI lakukan post mortem utk memastikan bisnes yg kita jalankan on track seperti yg kita rancang.

Kita ambil contoh, jika sales bulan Jun drop sedikit sahaja dalam RM5k dari sasaran. Pasti kita as bisnes owner risau sangat. Betul?

So, caranya adalah lakukan POST MORTEM utk ketahui punca kenapa sales bisnes kita boleh drop. Mungkin masalah dalaman atau masalah luaran.

Jika sudah kenal pasti faktor tersebut. Cari jalan penyelesaian kpd masalah tersebut.

Yg penting, benda ni kena buat secara berJEMAAH. InsyaAllah pasti akan keluar idea-idea baru utk memantapkan sales bisnes kita.

Belajar sesuatu?

Salam Ramadhan!

Arif Hussain​

Saturday, June 13, 2015

DAH SOLAT DHUHA?

Jika belum solat dhuha,
ayuh cepat-cepat tunai solat dhuha dulu.

Antara kelebihan solat dhuha ialah
mensyukuri nikmat yg Allah berikan kpd kita.

Lepas kita syukur,
InsyaAllah pasti rezeki kita akan bertambah.

Walaupun utk permulaan,
kita masih tak nampak rezeki tersebut.

Tapi sebenarnya Allah telah berikan
samada menggunakan org ketiga,
atau kesihatan tubuh badan yang thorbaik.

Alang-alang kita buat solat dhuha,
alangkah baik kita buat 8 rakaat terus.
Lagi baik, 12 rakaat.

Setakat 8 rakaat,
apalah sangat jika nak di kira dengan
nikmat dunia yg telah Allah berikan kepada kita.

InsyaAllah. Bila kita konsisten solat dhuha,
pasti kita akan rasai kemanisan solat dhuha tersebut.

Cubalah