Monday, June 29, 2015

5 LANGKAH MENCIPTA KEMPEN IKLAN BERJAYA



Langkah #1: Jelas Matlamat Promosi 

Ya. Sebelum kita melakukan apa-apa kempen promosi di facebook ke, facebook group ke, fb ads ke dan sebagainya, kita mestilah mempunyai matlamat promosi yang jelas.

Tujuan matlamat promosi jelas adalah bertujuan untuk kita ketahui produk apa yang kita mahu dipromosikan, promosi jenis macam mana mahu di gunakan, bila promosi itu start dan tamat, dan sebagainya.

Selagi matlamat promosi ini tidak jelas, selagi itu kempen pengiklanan kita tak kan berjaya.



Langkah #2: Tentukan Target Market Kita

Selepas kita jelas matlamat promosi. Perkara kedua yang patut kita jelas, kepada siapa kita nak halakan kempen iklan kita itu iaitu target market produk kita dan target market kempen promosi kita.

Sebagai contoh, produk yang kita mahu promosikan itu sesuai utk siapa, wanita ke lelaki, berapa umurnya, di mana mereka tinggal, masalah apa yang produk kita boleh selesaikan, apakah manfaat yang pelanggan kita akan dapat semasa atau setelah menggunakan produk kita.

Dan target kempen promosi kita untuk siapa?

Untuk orang yang akan sambut perayaan Hari Raya Aidilfitri atau orang yang mengalami masalah kewangan untuk mendapat sesuatu produk bagi menyelesaikan masalah mereka.

Langkah #3: Cipta Iklan Power 

Cara untuk mencipta iklan power adalah seperti...

1. Cipta TAJUK iklan yang memfokuskan kepada masalah yang target market kita hadapi sekarang ini.
2. Cipta TAWARAN MELELEH yang menyebabkan setiap kali pelanggan kita lihat, terus cair dan tidak senang duduk selagi tidak mendapatkan.
3. Gunakan GAMBAR yang menarik sesuai dengan iklan yang kita hasilkan.

Langkah #4: Tentukan Masa Pengiklanan Kita

Tentukan masa untuk setiap kempen pengiklanan kita. Sebagai contoh, setiap hari, kita akan spend lebih kurang 3 jam sehari untuk kempen pengiklanan kita.

Tujuan kita tentukan masa pengiklanan kita adalah untuk memudahkan kita tentukan gerak kerja yang patut kita ambil.


Langkah #5: Tentukan Baget Pengiklanan Kita

Berapa baget yang sanggup kita laburkan sepanjang kempen promosi sedang berjalan.

Selagi kita tidak berani letak jumlah baget tidak kisahlah banyak ke sikit ke untuk kempen promosi kita, jangan harap jualan lebih besar akan masuk.

Langkah #5: Post Mortem

Wajib lakukan post mortem bagi setiap kempen pengiklanan kita. Tujuan kita lakukan post mortem adalah untuk perbaiki segala kelemahan dalam kempen pengikalan kita.

Semoga perkongsian dalam waktu singkat ini memberi manfaat kepada anda.

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa anda membaca perkongsian dari saya.

Selamat Berpuasa.

Ikhlas,
Arif Hussain

No comments: