Friday, November 13, 2015

SYARAT NAK BUAT BISNES...

Syarat nak buat bisnes bermula dengan niat. Niat buat bisnes mestilah kena betul.

Syarat nak buat bisnes bukan nak kaya je. Of course buat bisnes sebab nak kaya, tapi ia bukan berada dalam senarai paling atas sekali.

Jika kita buat bisnes sebab nak kaya semata-mata, insyaAllah bisnes kita akan lingkup.

Perkara UTAMA bila kita buat bisnes adalah untuk puaskan hati pelanggan serta gembirakan mereka dengan produk kita.

Barulah bisnes yang kita jalankan akan kekal lama. InsyaAllah.

Faham ke faham?

Aref Hussain
Usahawan Online
+6019-323-4641

Thursday, October 29, 2015

HARGA ISTIMEWA UNTUK EBOOK COPYWRITING

Ada sesiapa nk dapatkan ebook copywriting pd HARGA ISTIMEWA tak?

Antara ebook tu ialah...

1. Rahsia Skrip Jualan Memukau


 2. 13 Teknik Copywriting
3. Kuasai Pemasaran di Instagram 



Semua ebook di atas adalah bernilai RM105.00. Tapi untuk hari ini sahaja smpi jam 1 petang, saya offer dengan HARGA ISTIMEWA iaitu RM50.00 sahaja.

Untuk mendapatkannya, whatsapp terus saya di sini 019-323-4641.

Ingat ya. HARGA ISTIMEWA ini hanya SAH sehingga jam 1 petang, 29 Okt 2015.

Saturday, October 24, 2015

BAGAIMANA MAU ORDER COFFEE SCRUB?

Hi.

Post kali ni pendek je. Cara nk order Coffee Scrub by Cantik Republic.
Caranya senang je. Tonton video kt bawah ni.

Nnt uoll cepat2 order tau. Coffee Scrub ni memang baik tuk korang punya kulit lebih2 lg yg mengalami masalah...
> Selulit
> Stretch Marks
> Kulit kering
> Gelap di celah2 ketiak, paha
> Membantu mengurang kesan parut

Sekarang ni sedang berlangsung PEJIMATAN DRAMATIK tuk uolls.
Okay. Order tau.

Xoxo

Tuesday, July 7, 2015

BAGAIMANA GANDAKAN WANG DARI RM100 KEPADA RM20 JUTA DLM MASA SETAHUN?

Cerita ini di petik dari facebook Felinna Nadea pengasas Felinna Beauty.



Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan sentiasa diingatkan rezeki setinggi mana bukanlah hak kita... Kita hanya menumpang rezeki Allah, maka gunakanlah dengan sebaik mungkin dan berkongsilah walaupun sepotong ilmu yg kita baca atau dengari atau pelajari atau lalui agar org faham bahawa sebenarnya tak susah nak senang dan begitu senang utk susah. (Doa Kak Fel agar terhindar sifat riak).

Monday, July 6, 2015

HIDE POST YANG KITA TIDAK SUKA DI NEWS FEED FACEBOOK KITA

Pasti setiap hari kita buka news feed kat facebook, kita akan jumpa post-post yang kita tak suka kan?

Cara nak hidekan post yang kita tidak suka tus macam ni.



Monday, June 29, 2015

5 LANGKAH MENCIPTA KEMPEN IKLAN BERJAYA



Langkah #1: Jelas Matlamat Promosi 

Ya. Sebelum kita melakukan apa-apa kempen promosi di facebook ke, facebook group ke, fb ads ke dan sebagainya, kita mestilah mempunyai matlamat promosi yang jelas.

Tujuan matlamat promosi jelas adalah bertujuan untuk kita ketahui produk apa yang kita mahu dipromosikan, promosi jenis macam mana mahu di gunakan, bila promosi itu start dan tamat, dan sebagainya.

Selagi matlamat promosi ini tidak jelas, selagi itu kempen pengiklanan kita tak kan berjaya.

Wednesday, June 24, 2015

MAKLUMAT GOOGLE TRENDS DI KEMAS KINI SETIAP MINIT

Google Trends ini adalah antara tools yang menjadi kegemaran peniaga online setakat ini. Antara TUJUAN utama peniaga online menggunakan tools ini adalah kerana boleh tengok sesuatu keywords yang sering digunakan oleh rakyat Malaysia ketika mencari sesuatu perkara.



Saturday, June 20, 2015

7 LANGKAH "PEMASARAN ONLINE"

1. Tulis identiti kita "SIAPA KITA?"
2. Tentukan NICHE produk kita.
3. Tentukan TARGET MARKET bagi produk kita. 
4. Tentukan FAEDAH UTAMA bakal pelanggan kita akan dapat. 
5. Senaraikan SENJATA pemasaran yg kita akan gunakan nanti.
6. Tentukan KAEDAH PEMBAYARAN yang akan di ambil oleh bakal pelanggan kita utk mendapatkan produk kita. 
7. Tentukan BAGET modal + masa bg pemasaran kita.  

Arif Hussain
Usahawan Internet 

Wednesday, June 17, 2015

WAJIB POST MORTEM BISNES ANDA!




Dulu masa saya kerja di company training, setiap akhir bulan pasti department saya akan adakan post mortem utk setiap staff.

Tujuan post mortem diadakan adalah utk bedah siasat prestasi setiap staff.

Jika prestasi saya kurang memuaskan, pasti saya dan head of department akan duduk semeja, berbincang dari hati ke hati apa lagi yg company boleh bantu utk memastikan prestasi saya kembali on track.

Bergitu juga dalam bisnes kita pada hari ini.

Setiap akhir bulan, sebelum masuk bulan seterusnya, kita sebagai bisnes owner MESTI lakukan post mortem utk memastikan bisnes yg kita jalankan on track seperti yg kita rancang.

Kita ambil contoh, jika sales bulan Jun drop sedikit sahaja dalam RM5k dari sasaran. Pasti kita as bisnes owner risau sangat. Betul?

So, caranya adalah lakukan POST MORTEM utk ketahui punca kenapa sales bisnes kita boleh drop. Mungkin masalah dalaman atau masalah luaran.

Jika sudah kenal pasti faktor tersebut. Cari jalan penyelesaian kpd masalah tersebut.

Yg penting, benda ni kena buat secara berJEMAAH. InsyaAllah pasti akan keluar idea-idea baru utk memantapkan sales bisnes kita.

Belajar sesuatu?

Salam Ramadhan!

Arif Hussain​

Saturday, June 13, 2015

DAH SOLAT DHUHA?

Jika belum solat dhuha,
ayuh cepat-cepat tunai solat dhuha dulu.

Antara kelebihan solat dhuha ialah
mensyukuri nikmat yg Allah berikan kpd kita.

Lepas kita syukur,
InsyaAllah pasti rezeki kita akan bertambah.

Walaupun utk permulaan,
kita masih tak nampak rezeki tersebut.

Tapi sebenarnya Allah telah berikan
samada menggunakan org ketiga,
atau kesihatan tubuh badan yang thorbaik.

Alang-alang kita buat solat dhuha,
alangkah baik kita buat 8 rakaat terus.
Lagi baik, 12 rakaat.

Setakat 8 rakaat,
apalah sangat jika nak di kira dengan
nikmat dunia yg telah Allah berikan kepada kita.

InsyaAllah. Bila kita konsisten solat dhuha,
pasti kita akan rasai kemanisan solat dhuha tersebut.

Cubalah

Sunday, May 24, 2015



CIPTA KEJAYAAN KECIL DULU...

Ramai usahawan berkobar-kobar mahu mencipta kejayaan yang besar setelah menceburi dunia bisnes.

TETAPI telah ramai usahawan seperti ini kecundang di tengah jalan akibat KECIWA tidak dapat mencipta kejayaan yang besar.

Pernah dengar ayat seperti ini,

===
THINK BIG & START SMALL
===

Memang betul kita di ajar untuk berfikir besar tetapi ramai usahawan terlupa bahawa kita juga perlu mula dari bawah dahulu.

Ya. Jika kita TIDAK pernah mendapat income RM1000 bersih hasil dari bisnes, usah kita berimpian mahu mendapat income RM10,000 sebulan.

Setiap usahawan online mahupun offline pasti mencipta kejayaan dengan income yang kecil-kecil je dahulu.

Setelah mendapat kejayaan kecil, akan mendorong kita untuk lebih BERSEMANGAT mencipta kejayaan yang lebih besar lagi.

===
1000 BOTOL TERJUAL DLM MASA 4 JAM
===

Bagaimana seorang Kapten Perang menggunakan TEKNIK UNIK ini membolehkan 1000 botol terjual dalam masa 4 JAM seterusnya memperoleh jualan sebanyak RM35,000 tanpa kos iklan, tanpa website, tanpa staff, tanpa pejabat...

DAN

teknik unik ini berkesan memberikan INCOME dan MELONJAKKAN jualan yang realistik walapun anda TIDAK MEMPUNYAI produk lagi.

===
HAIRAN & WAS-WAS
===

Seakarang, mungkin anda hairan dan was-was...

"Bagaimana boleh buat jualan, walaupun produk pun tak ada lagi?"

===
BELAJAR TEKNIK UNIK
===

Mahukah anda belajar teknik unik ini?

Jika jawapan anda 'YA',
jom hadir ke seminar ini.

===
SEMINAR JUTAWAN TANPA MODAL
===

Nama seminar ini adalah Seminar Jutawan Tanpa Modal.
Dalam seminar ini, anda akan ketahui TEKNIK UNIK ini
seperti mana yang digunakan Kapten Perang tadi.

Nama Kapten Perang tadi ialah Kapt. Jai, founder Ratu Jannah.

===
BELAJAR SELAMA 6 JAM
===

Antara TOPIK bakal anda belajar selama 6 jam ini adalah...

1. Teknik dan Rahsia menjadi MAGNET DIRI.
2. BINA follower, branding dan positioning menggunakan facebook.
3. Seni BERKABILAH dalam bisnes.
4. Pemasaran PERCUMA di facebook.
5. Cara PEMILIHAN idea bisnes.
6. Cara MENGUJI idea bisnes kita.
BANYAK LAGI.

Seminar ini akan membantu anda MENGGEMUKKAN poket anda dengan ilmu-ilmu yang bakal di kongsi.

Antara respond yang kami terima,

"Sebelum ini, kami berpendapat bila nak mula bisnes memerlukan duit sebagai modal bisnes. Tapi kami silap setelah hadir ke seminar ini. Mindset kami berubah. Dengan ilmu, sebenarnya nak mula bisnes tidak perlu modal duitpun, Puan Asiah, stokis kepada Dian Pixy."

===
LOKASI SEMINAR
===

1. Gambang Resort City, Kuantan
23.05.2015 | Sabtu (TAMAT)
.
2. New York Hotel, Johor Bharu
30.05.2015 | Sabtu
.
3. MTC, Melaka
31.05.2015 | Ahad

==
TAKE NOTE
===

Pendaftaran seminar Jutawan Tanpa Modal masih dibuka. TEMPAT adalah TERHAD!

Buat perubahan HARI INI dalam bisnes anda
dengan DAFTAR SEGERA disini.

SMS kod ini SJTM15 dan di ikuti <nama> <lokasi> <nombor fon> ke 019-323-4641.

Tuesday, May 12, 2015

5 Tips Menulis Ayat Iklan



Pernah tak
kita rasa susah sangat
nak hasilkan ayat iklan di facebook? 

Malah kadang-kadang itu,
rasa blur-blur nak hasilkan ayat iklan.

Sebenarnya, 
untuk hasilkan ayat iklan
yang boleh menarik prospek
membaca ayat iklan kita
adalah dengan
kenal siapa prospek kita
terlebih dahulu.  

Sini saya kongsikan 5 tips mudah untuk
hasilkan ayat iklan.

#1: Gunakan Perkataan Yang Dekat Di Hati Prospek

Dengan menggunakan perkataan
yang dekat di hati prospek
menaikkan ghairah prospek
untuk membaca ayat iklan kita
hingga teks terakhir.

Antara cara mudah untuk ketahui
perkataan yang dekat di hati prospek ialah
dengan bertanyakan soalan kepada mereka.

Contoh:  Kita jual produk cerah kulit badan.

Soalan: Apakah perkara penting yang anda lihat sebelum membeli produk pemutih yang berkesan?

Kongsi di ruangan komen.

Perhatikan perkataan paling banyak prospek tulis. Contoh design ke, color ke, harga ke dan lain-lain.

#2: Terangkan Manfaat Yang Bakal Prospek Nikmati

Walaupun terlalu banyak manfaat
yang bakal prospek dapat
setelah menggunakan produk kita,
disyorkan tonjolkan 3 manfaat sahaja.

Pastikan manfaat yang kita terangkan
mestilah relate dengan tajuk ayat iklan kita.

Saya ambil contoh yang sama iaitu
produk cerahkan kulit badan.

Contoh:

Mencerahkan kulit badan anda dalam masa 3 minggu.
Melembutkan kulit badan anda seperti kulit baby.
Mengurangkan kesan parut pada badan anda.

#3: Pastikan Ayat Iklan Anda Pendek Dan Ringkas Sahaja

Ingat formula K.I.S.S iaitu
Keep It Short and Simple
ketika kita menghasilkan ayat iklan.

Tujuan ayat iklan pendek dan simple
adalah untuk memastikan prospek
cepat hadam apa yang kita sampaikan.

#4: Gunakan Ejaan Penuh

Ketika kita menghasilkan ayat iklan,
pastikan ejaan setiap perkataan
dalam ayat iklan kita
menggunakan ejaan penuh
dan Bahasa Melayu standard.

Contoh: Produk Whitening Body Scrub Cantik Republic di cipta bagi memenuhi perminataan wanita di luar sana yang ingin kelihatan CERAH, PUTIH, GEBU dan CANTIK.

#5: Lebihkan Prospek Dalam Ayat Iklan

Fokus utama kita
ketika hasilkan ayat iklan
adalah mahu mendapatkan pelanggan.

Jadi,
tonjolkan watak prospek
dalam setiap ayat iklan kita.

Contoh: Dengan menggunakan Whitening Body Scrub Cantik Republic  ini, membantu menyelesaikan masalah kulit gelap anda hanya dalam masa 3 minggu sahaja.  

Nampak tak disitu,
watak prospek di tonjolkan
dengan gelaran anda.

Prospek mahu tahu,
bagaimana produk tersebut
mampu menyelesaikan masalah mereka.

Kesimpulan

Tujuan menghasilkan ayat iklan power,
adalah satu seni pujukan
kepada prospek
untuk mendapatkan produk
yang kita tawarkan.

Menghasilkan ayat iklan power
yang berkualiti
adalah kunci menukarkan prospek
kepada pelanggan.

Semoga bermanfaat!

SHARE dengan rakan-rakan anda
semoga mereka juga mendapat
manfaat seperti anda.

Arif Hussain
Usahawan Online | Copywriter    



Wednesday, April 29, 2015

Anda Ada Masalah Menghasilkan Ayat Iklan?


=======================
MASALAH Menghasilkan Ayat Iklan
=======================

Ada sesiapa mempunyai masalah
menghasilkan Ayat Iklan Power
di Facebook?

Saya ada satu ebook menghasilkan
Ayat Iklan Power
yang boleh memberi manfaat
kepada jualan anda.

Berminat?

Boleh PM direct saya di sini
http://on.fb.me/13Cgcxq

p/s: TERHAD untuk 100 orang pertama sahaja.

Thursday, April 2, 2015

3 Cara Sulit Luasakan Pengaruh Di Facebook (Wajib Baca Bagi Usahawan Facebook)

1. PUJI 5 orang rakan di Facebook setiap hari.

Puji rakan kita dengan ikhlas dan spesifik. Mungkin kita boleh puji...

> Penampilan dia,
> Status dia,

Thursday, March 26, 2015

PENTINGNYA EMOSI DALAM PEMASARAN...



"Faham emosi pelanggan, buat mereka tertarik dengan kita."


Pentingkah emosi dalam marketing? Dalam kajian psikologi yang telah dilakukan, kebanyakkan customer melakukan pembelian adalah disebabkan oleh emosi. Hanya beberapa peratus sahaja berdasarkan logik. 

Ini memberi mesej kepada kita sebagai usahawan online bahawa amat penting untuk kita memastikan marketing kita berjalan dengan lancar. Serapkan elemen-elemen emosi dalam kempen kita. 

Bagaimana untuk memahami emosi customer kita? Kita boleh gunakan strategi seperti dibawah ini.

1. Lakukan kajian terhadap kehendak customer kita. 
2. Kenal pasti masalah serius yang dihadapi oleh pelanggan kita. 
3. Sentiasa ambil peluang untuk berjumpa dengan bakal customer kita, kemudian dengar isi hati mereka.

Setiap maklumat yang diperoleh adalah maklumat emosi yang dapat dijadikan sebagai senjata marketing bagi menusuk jiwa customer kita nanti. Formulanya mudah sahaja. Lebih mendalam kita faham emosi customer, lebih berjaya kempen marketing kita nanti. 

   

Monday, February 16, 2015

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum semua.

Sudah lama tak update apa-apa kat blog ini.
Penuh dengan debu. Ihihihihi...

Ini adalah post pertama untuk tahun 2015.
(dengan bangganya ihihihihi)

InsyaAllah banyak lagi akan saya kongsikan
tentang pemasaran online dengan anda semua.

Terutamanya yang menggunakan medium...

1. Facebook Profile
2. Facebook Grup
3. Blog dan
4. Instagram